Thursday, September 25, 2008

Salam Aidilfitri


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR BATIN


Para pelajar dan guru bersalam-salaman dan
memohon kemaafan antara satu sama lain.



















Sunday, September 21, 2008

Program Bersamamu



Program: Bersamamu
Tarikh: 20/9/08
Masa: 7.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: Tudan, Kampung Sealine, Kuala Baram

Sempena Bulan Ramdhan yang mulia ini, pihak sekolah telah mengadakan program Bersamamu bertujuan untuk membantu sedikit sebanyak keluarga para pelajar Islam SMK Pujut yang kurang berkemampuan. Program ini sebenarnya dilakukan setiap tahun dan pihak SMK Pujut berharap sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan beban mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

Program ini telah diketuai oleh pengetua SMK Pujut, Pn Sumarni binti Said, Ustaz Nik Syahrizal, Ustaz Mohd Zizi Zul Izhar Misry dan diiringi guru-guru Persatuan Guru Islam SMK Pujut dan 3 orang pelajar Persatuan Pelajar Islam. Sebanyak 15 buah rumah meliputi kawasan Tudan, Kampung Sealine dan Kuala Baram telah kami tujui untuk menghulurkan sumbangan. Insya Allah di tahun akan datang, program ini akan diteruskan lagi.

"SALAM AIDILFITRI DARI KAMI WARGA SMK PUJUT"

Komen Dan Cadangan

Komen dan cadangan anda tentang blog ini
Nama Penuh
Email Address:
Umur
Jantina Lelaki
Perempuan

form mail