Saturday, November 22, 2008

Tindik maut

KUALA LUMPUR: Pilih saja sama ada mahu dijangkiti Hepatitis B atau Hepatitis C. Itulah harga perlu dibayar sekiranya remaja berura-ura menindik bahagian tubuh mereka seperti lidah, pusat, kening atau kemaluan.

Meskipun kegilaan menindik bahagian berkenaan dianggap mengikut trend semasa remaja global, amalan negatif itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan, termasuk dijangkiti kedua-dua penyakit terbabit yang boleh membawa maut.

Pegawai Perubatan Am Mediviron TTDI Jaya, Shah Alam, Dr Sharifah Abd Ghaffar, berkata jika alat yang digunakan tidak bersih atau digunakan untuk menindik orang lain, jangkitan penyakit berkenaan lebih mudah tersebar.

“Bahagian mulut contohnya sangat mudah menerima jangkitan kerana sentiasa basah dan terdapat banyak bakteria, apatah lagi jika si pemakai kurang mementingkan penjagaan mulut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, keadaan boleh bertambah parah sekiranya si pemakai alah kepada logam atau besi yang digunakan sebagai aksesori.

“Sekiranya ini berlaku, maka jangkitan penyakit itu boleh merebak kepada semua kawasan dalam mulut dan mengambil masa agak lama untuk dipulihkan,” katanya.

Selain lidah, kata Dr Sharifah, bahagian pusat juga berisiko untuk terkena jangkitan jika dijadikan sasaran untuk ‘berhias’.

“Bahagian pusat berisiko untuk mendapat jangkitan kerana kulit di situ sangat lembut,” katanya.

Dr Sharifah mengakui pernah merawat seorang remaja yang datang ke kliniknya dengan keadaan pusat bengkak dan bernanah.

“Apabila saya membuat pemeriksaan, saya dapati terdapat subang pada pusatnya. Ia menjadi bengkak kerana tersangkut pada sesuatu.

“Selepas mengeluarkan subang berkenaan, pusatnya perlu dibersihkan dan akibatnya, remaja itu perlu mengambil antibiotik sehingga nanah itu dikeluarkan,” katanya.

Menurutnya, bahagian kemaluan turut menjadi pilihan untuk ditindik walaupun kawasan terbabit paling sensitif dan pelbagai jangkitan penyakit boleh merebak hanya dengan sekali tindik.

Beliau berkata, kesan jangkitan berkenaan tidak boleh dilihat dalam jangka masa pendek, namun jika sudah merebak, ia mengambil masa agak lama untuk sembuh atau lebih teruk mungkin kekal selamanya.

“Penyakit seperti Hepatitis B dan C adalah yang paling ‘popular’ kerana mudah merebak melalui darah,” katanya.

Jangkitan Hepatitis C adalah penyebab utama penyakit hepar, sirosis dan karsinoma hepatocellular (HCC) atau kanser hati.

Akhbar pernah melaporkan seorang warga Singapura berusia 24 tahun nyaris maut apabila besi tindik yang dipasang di lidahnya sepanjang tiga sentimeter ditelan mangsa ketika makan.

Mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH) untuk menjalani rawatan X-Ray sebelum mendapati besi itu terselit di paras tulang rusuknya.

Namun, doktor dapat menurunkan besi itu hingga ke saluran najis dan dikeluarkan ketika membuang air besar.

Sumber: Harian Metro

Saturday, November 15, 2008



Happy holiday to all school students. Take a good care of urself during the holidays.

Monday, November 10, 2008

SPM


SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM. JAWABLAH DENGAN TENANG DAN BAIK. KAMI GURU-GURU DI SMK PUJUT BERDOA DAN BERHARAP ANAK-ANAK SEKELIAN BERJAYA DENGAN CEMERLANG!

SPM CEMERLANG!!

Wednesday, November 05, 2008

Komen Dan Cadangan

Komen dan cadangan anda tentang blog ini
Nama Penuh
Email Address:
Umur
Jantina Lelaki
Perempuan

form mail