Saturday, January 31, 2009

Video Tanah Runtuh

video
Video 1

video
Video 2

sumber: Handphone Cikgu Rani

Friday, January 30, 2009

Tanah Runtuh di Miri








-Rumah mertua Cikgu Rani (1km dari kawasan kejadian) -



Kawasan kejadian tanah runtuh pada 16 Januari lepas.

Antara beberapa gambar yang sempat diambil semasa dalam perjalanan menuju ke Boulevard Miri. Kejadian tanah runtuh ini menyebabkan kesesakan di kedua-dua lorong jalan di mana ramai pemandu-pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian yang berlaku. Kejadian tanah runtuh ini merupakan kejadian yang kedua selepas kejadian tanah runtuh di Bukit Kanada pada 16 Januari lepas.

Landslide destroys eight houses

The view of the destroyed houses in Kampung Lereng Bukit, Canada Hill, yesterday.
The view of the destroyed houses in Kampung Lereng Bukit, Canada Hill, yesterday.

MIRI: A landslide in Canada Hill destroyed eight houses in nearby Kampung Lereng Bukit yesterday.


The foothill area of Bukit Canada where the landslide occurred.
The foothill area of Bukit Canada where the landslide occurred.
Seventy-four villagers have been moved to the Miri Red Crescent building, bringing the number of evacuees to 108 since the first landslide on Jan 16 that killed two petrol station workers.

Witnesses said earth movements were first detected about 9.30am yesterday and, fearing the worst, most of the villagers left their homes.

Their fear became a reality when six houses were brought down by the landslide at 1pm and another two at 3pm.

Miri police chief Assistant Commissioner Jamaluddin Ibrahim said Canada Hill had been declared unsafe.
Another 18 homes there are also in danger.

Kampung Lereng Bukit is 1km from a Shell petrol station which was destroyed in a landslide on Jan 16, killing two of its Indonesian workers.

That incident forced 38 villagers living nearby to vacate their homes and most of them are still housed at the Miri Red Crescent Society building.

Orientasi T4


Monday, January 26, 2009

Kehebatan Super Mokh

Kekalahan Malaysia 0 - 5 kepada UAE mengingatkan kembali kegemilangan bolasepak Malaysia di zaman Allahyarham Mokhtar Dahari. Alangkah jauh bezanya mutu dan corak permainan pemain dahulu dengan sekarang.

Allahyarham Mokhtar Dahari merupakan seorang pemain bolasepak yang digeruni bukan sahaja di Asia Tenggara, malah di rantau Asia sendiri sehingga beliau digelar
Super Mokh.

Beliau pernah menjaringkan 1 gol cantik dari tengah padang semasa Malaysia seri 1-1 dengan pasukan England dan pernah menjaringkan dua gol ketika perlawanan persahabatan dengan Arsenal di mana Arsenal kalah dengan jaringan 2-0.


Kepada pelajar-pelajar berbakat yang ingin menceburkan diri di dalam bolasepak, contohilah jaguh bolasepak kebanggaan kita ini.

Wednesday, January 21, 2009

Rempuh tembok sekolah

RUNTUH...pintu pagar dan tembok depan SK Telok Mas
ranap selepas dirempuh, semalam.

MELAKA: “Nasib baik kejadian berlaku lewat sejam sebelum kanak-kanak prasekolah keluar, kalau tidak keadaan mungkin lebih teruk lagi,” kata pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Telok Mas Hassan Mohamad, 52, semalam.

Dia menceritakan kejadian Toyota Unser merempuh pintu pagar dan tembok depan sekolah itu, kira-kira jam 10 pagi.

Menurutnya, kenderaan itu dikatakan gagal dikawal pemandunya berusia lewat 50-an ketika memandu keluar dari perkarangan sekolah, selepas berurusan dengan pihak sekolah. baca seterusnya

Kepada pelajar-pelajar SMK Pujut, berhati-hatilah selalu tidak kira walau di mana anda berada. Malang tidak berbau.

Animator vs Animation

Sunday, January 18, 2009

Temuduga masuk SBP(Sekolah Berasrama Penuh) ambilan kedua



Semua Pengetua di semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh negara telah diberi kuasa untuk menemuduga bakal pelajar yang akan memasuki tingkatan satu di sekolah masing-masing bermula 19 Januari ini.

Langkah itu yang pertama kali diwujudkan dilihat sebagai peralihan kuasa secara beransur-ansur dari Kementerian Pelajaran kepada pihak sekolah sejajar pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang memberi kuasa kepada sekolah memilih calon pelajar. baca seterusnya


Friday, January 16, 2009

Miri Landslide: Bukit Kanada folks asked to evacuate

Houses behind the landslide area are in a precarious situation and the residents have been asked to evacuate. – NST picture
Houses behind the landslide area are in a precarious situation and the residents have been asked to evacuate. – NST picture


LANDSLIDE CLAIMS TWO LIVES: Two Shell station workers in Miri were killed by a landslide which crashed the container they were in early this morning

MIRI, Fri:

The residents of 10 houses on the eastern slope of Bukit Kanada near here have been directed to move out of their homes immediately following a landslide in the area.

Sarawak Disaster Relief and Management Committee chairman Tan Sri Dr George Chan issued the evacuation order, saying it was too dangerous for the occupants to remain there as rain was expected to fall until Monday.

Several members of the committee found that three of the 10 houses in the vicinity in Kampung Pujut Tanjung Batu were in a precarious situation, he said, adding that the committee had opened an evacuation centre at the Red Crescent Society building here.

Dr Chan advised the residents of settlements near Bukit Kanada to be prepared to move out if necessary.

A landslide on the western slope of Bukit Kanada buried alive two Indonesian workers at a nearby petrol station at 1.10am today. Their bodies were recovered between 1pm and 2pm this afternoon. Dr Chan, who is the state assemblyman for Piasau here, visited the scene of the landslide soon after his arrival from Kuching this afternoon. — BERNAMA

280 pelajar DPLI kini terdesak apabila tajaan ditarik balik


SEBAHAGIAN daripada 280 pelajar DPLI menunjukkan surat tawaran kursus yang kini meletakkan mereka dalam dilema selepas mendakwa kos tajaan pengajian ditarik balik.


PETALING JAYA - Ada antara mereka sanggup berhenti kerja bergaji besar semata-mata mahu mengejar impian menjadi guru setelah menerima tawaran Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

Bagaimanapun, selepas dua minggu mengikuti kelas, 280 pelajar DPLI sesi kemasukan Januari 2009 itu kecewa apabila dimaklumkan Kementerian Pelajaran membatalkan tajaan berjumlah hampir RM21,000 seorang secara tiba-tiba.

Lebih membuatkan pelajar pelbagai pengkhususan sesi Januari 2009 itu berang ialah surat pemberitahuan pembatalan itu dimaklumkan hanya menerusi satu kiriman e-mel.

"E-mel daripada Kementerian Pelajaran diterima oleh pihak fakulti pada 13 Januari lalu dan kami jadi panik sebab ramai bergantung pada wang tajaan itu untuk belajar,'' kata jurucakap kumpulan pelajar itu, Muhammad Nizam Che Hasan pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Muhammad Nizam, mereka yang terlibat bukan datang dari sebuah universiti sahaja tetapi melibatkan hampir keseluruhan institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Antara IPTA yang terbabit ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

Kata Muhammad Nizam, kemarahan mereka ada asasnya kerana kesemuanya telah menjalani proses kelayakan termasuk temu duga malah surat tawaran penajaan program khas DPLI diterima pada 15 Disember lalu.

Jalur cahaya misteri ke angkasa


GAMBAR menunjukkan beberapa jalur cahaya yang terbentuk di bandar Sigulda, Latvia.



SIGULDA - Fenomena beberapa jalur cahaya misteri yang menegak ke angkasa mencetuskan perbincangan hangat di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Fenomena tersebut dirakamkan oleh seorang pereka fesyen, Aigar Truhins di bandar Sigulda, Latvia pada akhir bulan lalu dengan menggunakan kamera digital.

"Anak saya terkejut dan dia berpendapat objek terbang tidak dikenali (UFO) hendak mendarat," kata Truhins.

Bagaimanapun, beberapa saintis berpendapat fenomena tersebut mungkin berpunca daripada kristal ais yang terbentuk di udara.

Cahaya itu juga mungkin dipantulkan kristal ais yang terbentuk dalam udara sejuk daripada cahaya lampu jalan atau cahaya lain di darat.

Fenomena semula jadi itu turut berlaku di beberapa negara di Eropah ketika suhu sejuk tiba-tiba berlaku beberapa minggu lalu. - Agensi


Komen Dan Cadangan

Komen dan cadangan anda tentang blog ini
Nama Penuh
Email Address:
Umur
Jantina Lelaki
Perempuan

form mail