Thursday, April 30, 2009

Isteri Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia.

KUCHING: Isteri Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Puan Sri Laila Taib meninggal dunia di kediaman rasmi mereka di Demak Jaya, Petra Jaya, pada jam 3.40 petang semalam akibat barah.

Allahyarham yang berusia 68 tahun berkahwin dengan Abdul Taib pada 1960 meninggalkan empat anak termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman selain Jamilah, Mahmud Abu Backer dan Hanifah serta 15 cucu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang berada di Kuching menjadi antara orang kenamaan terawal menziarahi jenazah kira-kira jam 6 petang semalam.


Turut dilihat menziarahi jenazah ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Barieng; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof dan Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Openg.


Abdul Taib yang berada di Brunei Darussalam kerana mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan lawatan rasmi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) malam tadi dengan pesawat khas sebelum Najib dijadualkan menziarahi jenazah pada jam 10.30 pagi hari ini.

Sulaiman yang dihubungi Berita Harian semalam memaklumkan, keluarganya reda dengan pemergian Laila namun mereka masih terkejut dan belum bersedia untuk bercakap dengan pihak media.

Beliau juga enggan mendedahkan penyakit yang menyebabkan ibunya meninggal namun difahamkan Laila menghidapi barah dan pernah mendapat rawatan di Australia dan Singapura sebelum dibawa pulang ke Kuching bagi meneruskan rawatannya di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Morshidi Abdul Ghani, dalam kenyataan memaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Demak Jaya, Jalan Bako kira-kira jam 11.30 pagi dan orang ramai yang ingin menziarahi jenazah diminta berbuat demikian sebelum jam 11 pagi

Allahyarham yang juga Pengerusi Bahagian Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dilahirkan pada 1 Mac 1941 di Poland dengan nama Lejla Chaleck.

Mendapat pendidikan awal di Adelaide Girl High School Australia Selatan sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Adelaide University pada 1959.

Beliau yang aktif dalam kegiatan sosial pernah menjadi Pemangku Setiausaha Persatuan Islam Australia Selatan termasuk menjadi guru agama di Masjid Adelaide sehingga 1960 sebelum mendirikan rumah tangga dan berpindah ke Sarawak.

Ketika mengikut Abdul Taib berkhidmat di Kuala Lumpur, Laila menyertai Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri Persekutuan pada 1963 sebelum mengasaskan Kelab Debat Kuala Lumpur pada 1970 dan menjadi pengerusi pertamanya.

Sehingga kini, Allahyarham adalah Ketua Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) sejak 1980 sebelum dipilih menjadi Naib Presiden Perkim Kebangsaan pada 1982.

Di Sarawak, Laila bergiat aktif dalam Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Sabati) sejak 1982 termasuk dipilih sebagai Pengerusi Wanita Pertubuhan Dakwah Islam Asean dan Pasifik sejak 1983.

Pada Mei 2007, Laila menjadi antara pengasas penubuhan Yayasan Kebajikan Kanser Laila Taib yang memberi tumpuan dalam usaha membantu pesakit kanser berjuang melawan penyakit berbahaya itu.

Sumber: Berita Harian

Tuesday, April 28, 2009

LAGU TEMA HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Laman Web Rasmi Hari Guru 2009



Click image above

Pertandingan Forum Remaja Sempena Bulan Bahasa Anjuran Panitia Bahasa Melayu Sesi Petang

Tarikh : 28 April 2008
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Bilik Geografi

Guru Pengelola : Cikgu Edwin Anak Nanta & Cikgu Angelina
Senarai Pasukan :
1. Tingkatan 1 Gemilang
2. Tingkatan 1 Cemerlang
3. Tingkatan 2 Bestari
4. Tingkatan 1 Amanah
5. Tingkatan 1 Harmoni
Keputusan Pertandingan :
Johan : Tingkatan 1 Cemerlang
Kedua : Tingkatan 1 Amanah
Ketiga : Tingkatan 2 Bestari


Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya! Kepada mereka yang kurang bernasib baik, anda boleh cuba lagi di pertandingan akan datang. :)

Tuesday, April 21, 2009

Pelancaran Bulan Bahasa

Video Dikir Barat Anti Dadah Kumpulan Adiwarna SMK Pujut

Saksikan persembahan dikir dari kumpulan Adiwarna di pertandingan Dikir Barat Anti Dadah yang diadakan di SMK Bekenu ... semoga terhibur :)


Pertandingan Dikir Barat Anti Dadah Bahagian Miri 2009

Sabtu, 18 April 2009 - Kumpulan dikir barat SMK Pujut, Kumpulan Adiwarna telah menyertai pertandingan dikir barat anti dadah buat pertama kalinya di SMK Bekenu. Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut. Pasukan kita telah berjaya mendapat tempat ke lima. Juara dimenangi oleh SMK Bekenu, Naib Johan SMK Agama, dan ke-3 Kolej Tun Datu Haji Bujang. Pasukan kita telah menunjukkan persembahan yang boleh dibanggakan walaupun pertama kali menyertai pertandingan tersebut. Kumpulan ini telah dibimbing oleh Cikgu Azrin bin Kamarudin.





Friday, April 17, 2009

Video Nayid MTQ di SMK Bekenu



Pertandingan Nasyid MTQ di SMK Bekenu


Paluan Kompang SMKP menyambut Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud



Pasukan kompang SMK Pujut telah terpilih untuk persembahan sambutan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di Imperial Mall, Miri pada 11 April 2009 yang lepas. bersempena dengan Hari Air Sedunia. Mereka juga terpilih untuk mengadakan persembahan di Hari Terbuka Curtin pada 28 Mac 2009. Tahiah diucapkan.

Tuesday, April 14, 2009

Khidmat masyarakat KRS 2.4.09

PERTANDINGAN BOLA BALING SEKOLAH MENENGAH KATEGORI LELAKI & PEREMPUAN 18 TKB PERINGKAT MIRI 2009


SMK Pujut telah menghantar 2 kumpulan bola baling lelaki dan perempuan kategori bawah 18 tahun. Pemilihan telah diadakan pada 17 dan 18 Febuari 2009 di padang hoki sekolah. Seramai 28 pelajar telah dipilih untuk mewakili SMK Pujut dalam pertandingan tersebut. Latihan Intensif telah dijalankan sepanjang sebulan setengah sebelum pertandingan bermula. Pertandingan telah diadakan di SMK Baru pada 2 dan 3 April 2009. Sebanyak 15 buah pasukan yang mengambil bahagian bagi kategori lelaki manakala 14 pasukan menyertai kategori perempuan. Pasukan bola baling kategori lelaki SMK Pujut telah diundi dalam kumpulan B yang mengandungi pasukan daripada SMK Baru, SMK Chung Hua Miri dan SMK Lutong. Manakala bagi kategori perempuan, SMK Pujut telah diundi dalam kumpulan E yang mengandungi SMK ST.Columba, SMK ST.Joseph dan SMK Teknik Miri. Jadual dibawah merupakan keputusan yang dicapai oleh pasukan bola baling SMK Pujut :


Perlawanan (kategori lelaki)

Keputusan

Peringkat

SMK Pujut vs SMK Chunh Hua Miri

0-0

Kumpulan B

SMK Pujut vs SMK Lutong

6-1

Kumpulan B

SMK Pujut vs SMK Baru

2-3

Kumpulan B

SMK Pujut vs SMK Lopeng Tengah

5-9

Suku Akhir



Perlawanan (kategori perempuan)

Keputusan

Peringkat

SMK Pujut vs SMK ST. Joseph

3-0

Kumpulan E

SMK Pujut vs SMK ST.Columba

0-2

Kumpulan E

SMK Pujut vs SMK Teknik Miri

0-6

Kumpulan E



Bagi meningkatkan lagi prestasi pasukan SMK Pujut di masa hadapan, satu kumpulan yang mantap bagi lelaki dan perempuan perlu dibentuk dan dilatih secara berterusan dan sistematik. Pemilihan perlu dibuat lebih awal bagi mencari pelapis baru bagi memantapkan skuad bola baling SMK Pujut. Kemudahan khususnya tiang gol dan bola baling dan kon perlu ditambah bagi memudahkan latihan diadakan secara bersepadu. Di samping itu, dicadangkan seorang guru Pendidikan Jasmani perlu dilibatkan dalam melatih skuad ini bagi meningkatkan lagi stamina serta skil permainan pemain. Guru-guru penasihat perlu diberi latihan serta pendedahan dalam menjalankan latihan yang tersusun khusus bagi pemainan bola baling. Harapan saya, skuad bola baling SMK Pujut akan disegani serta digeruni oleh kawan dan lawan di masa hadapan



Friday, April 10, 2009

Senarai Menteri Kabinet 2009

Kepada guru-guru yang akan menghadiri temuduga SPP, senarai kabinet 2009 mungkin akan ditanya semasa sesi temuduga nanti. Disertakan di sini senarai kabinet baru 2009 untuk panduan. Para pelajar juga seharusnya mengetahui para menteri kita yang baru sebagai tambahan pengetahuan am kita...

_________________________________________________________________


Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

28 menteri, 40 timbalan; 3 kementerian disusun semula

>> lihat senarai penuh bergambar Kabinet 2009

Sumber: Berita Harian

Komen Dan Cadangan

Komen dan cadangan anda tentang blog ini
Nama Penuh
Email Address:
Umur
Jantina Lelaki
Perempuan

form mail