Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya e-card

Kepada semua umat Islam khususnya warga SMK Pujut, diucapkan

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Thursday, September 17, 2009

Bersamamu 12 September 2009





gambar2 lain..

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pelajar dan Guru Islam SMK Pujut. Bertujuan menghulurkan bantuan/sumbangan berupa pakaian, barang keperluan kepada keluarga pelajar-pelajar SMK Pujut yang kurang berkemampuan agar dapat mereka menyambut Aidilfitri ini dengan lebih bermakna.Program bermula pada pukul 7.30 pagi dan kami telah pergi berkonvoi dengan 15 buah kereta dan lebih kurang 30 orang guru Islam yang terlibat dan juga beberapa orang pelajar dari PPI. Program berakhir pada pukul 1130 pagi dan sebanyak 10 rumah pelajar yang kurang berkemampuan telah menerima sumbangan.

PERTANDINGAN BOLA SEPAK PESTA BOLA MERDEKA 2009







PERTANDINGAN BOLA SEPAK PESTA BOLA MERDEKA 2009

(9 SEBELAH)

(ANJURAN KELAB BOLA SEPAK SESI PETANG)


Kelab Bola Sepak sesi petang telah berjaya menganjurkan pertandingan bola sepak bersempena Hari Kemerdekaan bermula pada 5 September 2009. Pertandingan tersebut mengambil masa selama 2 hari iaitu 5 september dan 12 september 2009. Semua pertandingan diadakan di padang bola sepak SMK Pujut. Pertandingan kali ini melibatkan 11 pasukan melibatkan seramai 121 orang pelajar tingkatan peralihan, satu dan dua sesi petang dan sesi pagi.

Sistem pertandingan yang digunakan ialah sistem “Double Knock Out”. Pada tahun ini Pesta Bola Merdeka telah dimenangi oleh pasukan HIGHCLASS dengan mengalahkan pasukan ROJAK FC melalui sepakan penalti.

Pertandingan ini sesungguhnya telah mencapai objektifnya dengan menarik minat murid-murid dalam bidang sukan disamping mengeratkan hubungan antara sesama pelajar serta guru penasihat. Beberapa orang bakat baru telah dapat dikenalpasti untuk diserap dalam pasukan bola sepak sekolah untuk kategori 14 tahun dan 15 tahun untuk tahun hadapan.



Jadual Perlawanan


Wednesday, September 09, 2009

Gotong Royong PIBG 18 Julai 2009



Skor A Matematik PMR 17 Julai 2009






Program Skor A diadakan khas untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR pada bulan Oktober nanti. Ia bertujuan memberi penerangan, tips-tips dan kaedah-kaedah pembelajaran/ulangkaji yang bersesuian dalam menghadapi peperiksaan nanti. Dengan adanya program ini, diharapkan para pelajar dapat membuat ulangkaji dengan lebih efisyen lagi.
PMR CEMERLANG!!

Hari Kerjaya n Pameran IPT 17 Julai 2009 B&K

Penutup Bulan Sains & Matematik 11 & 14 Julai 2009

Komen Dan Cadangan

Komen dan cadangan anda tentang blog ini
Nama Penuh
Email Address:
Umur
Jantina Lelaki
Perempuan

form mail