Monday, October 11, 2010

Gambar Kelas 2010


                                           Gambar Kelas 2010
                                              Gambar Freestyle

Tuesday, October 05, 2010

Good Luck !!





Selamat Menduduki Peperiksaan PMR kepada semua pelajar T3 SMK Pujut.
Semoga beroleh kejayaan cemerlang dan mengharumkan nama sekolah.
Kami guru2 SMK Pujut sentiasa mendoakan kejayaan anda..


Monday, October 04, 2010

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Jadual Tingkatan 1 & 2 Sesi Pagi --> Download

Jadual Tingkatan 1 & 2 Sesi Petang --> Download

Jadual Tingkatan 4 --> Download

Wednesday, September 01, 2010

Majlis Anugerah Cemerlang Ko-Kurikulum ke-3



Sabtu, 27 Ogos 2010 - Alhamdulillah, dengan izin Ilahi, Majlis Anugerah Cemerlang Ko-Kurikulum berjaya diadakan dengan lancar. Tahniah kepada semua pemenang dan diharap kecemerlangan ini akan berterusan di masa akan datang. Tahniah juga kepada semua warga SMK Pujut yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Kemerdekaan ke-53

http://i623.photobucket.com/albums/tt317/azharizanal/merdeka.gif

Selamat Menyambut hari Kemerdekaan yang Ke- 53
1 Malaysia
Menjana Transformasi

Monday, August 23, 2010

Program Bersamamu SMK Pujut 2010


21 Ogos 2010, Senadin - Syukur Alhamdulillah, program Bersamamu pada tahun ini telah berjalan dengan lancar walaupun tahun ini lebih mencabar dari tahun-tahun sebelumnya. Sebanyak 11 buah rumah pelajar Islam SMK Pujut yang kurang berkemampuan telah kami kunjungi di sekitar Kampung Tudan, Kuala Baram, Batu 1 dan Senadin untuk diberi sumbangan sebagai persiapan Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. 
Pada tahun ini, sumbangan dari pihak luar dan warga SMK Pujut amat memberangsangkan dari tahun-tahun sebelumnya. Program pada tahun ini telah disertai oleh sukarelawan dari  Yayasan Amal Sarawak, ibubapa, guru-guru dan ahli Persatuan Pelajar Islam SMK Pujut.
Terima kasih kepada mereka yang menghulurkan sumbangan ini. Diharap dengan sumbangan ini akan dapat membantu meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri nanti.

Tuesday, August 17, 2010

Perasmian Bulan Kemerdekaan dan Kemanusiaan


                                                                                    seterusnya

Selasa 17/8/10 - Sambutan Bulan Kemerdekaan telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Pujut, Pn Sumarni binti Said pada waktu perhimpunan pagi tadi dan sepanjang bulan kemerdekaan, banyak aktiviti telah diatur dan kebanyakan aktiviti berkonsepkan pertandingan. Para pelajar digalakkan mengambil bahagian dan menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan di samping memupuk semangat kemerdekaan dalam diri masing-masing. 

Berikut merupakan jadual aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan:




Senarai AJK:

Thursday, May 27, 2010

Gayu Guru Gerai Nyamai 2010


[1082086202gawai-card001.jpg]

SELAMAT HARI GAWAI 2010 KEPADA
SEMUA WARGA SMK PUJUT YANG MERAIKANNYA
"Berhati-hati semasa memandu ketika pulang bercuti."

Tuesday, May 25, 2010

Bakal Raja Sehari

Di musim cuti sekolah, pastinya akan ada majlis-majlis kenduri kahwin. Tidak ketinggalan juga guru-guru SMK Pujut yang akan mendirikan rumahtangga pada cuti semester yang akan datang. Antaranya ialah:

1. Abdul Latif & Robiah


Perkahwinan mereka bakal mencipta sejarah bagi SMK Pujut kerana mereka merupakan pasangan pertama yang sama-sama mengajar di SMK Pujut akan disatukan dalam majlis yang penuh bersejarah nanti. Tahniah kepada mereka.


2. Rozaidi & Ustzh Norkhafizah


3. Noorasmawati & Abdul Fata



Kami warga SMK Pujut mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada mereka yang akan melangsungkan perkahwinan. Semoga Berkekalan hingga ke akhir hayat.. amin.

Monday, May 24, 2010

Kuiz & Tutorial PTK

Kepada guru-guru yang akan mengambil ujian PTK pada bulan Jun nanti, di sini disertakan link Kuiz & Tutorial secara online. Cikgu boleh mencuba soalan-soalan yang disediakan secara online sebagai persiapan menghadapi Ujian PTK nanti. Semoga Berjaya..

Kuiz & Tutorial PTK

KEPUTUSAN PENEMPATAN CALON PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) KPM AMBILAN KEDUA DAN CALON RAYUAN

Empat langkah kurang beban tugas guru

Tokoh syor empat langkah kurang beban tugas guru
Oleh Syuhada Choo Abdullah

2010/05/24

Konsep ‘masyarakatkan pendidikan’ tak perlu kos tambahan

KUALA LUMPUR: Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, menyarankan empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru di sekolah melalui konsep ‘memasyarakatkan pendidikan’ yang tidak mencetuskan kos tambahan kepada kerajaan.

Empat langkah berkenaan ialah memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah, mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan, mempergiatkan sumbangan bekas pelajar, serta mewujudkan persatuan pesara guru.
Beliau yang bertanggungjawab dalam penghasilan Laporan Abdul Rahman Arshad yang mengandungi 82 perakuan pada Ogos 1996, berkata sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran memberi penekanan serius terhadap pelaksanaan konsep berkenaan, sekali gus memperluaskannya ke sekolah di seluruh negara.
“Menggembleng sepenuhnya kerjasama serta peranan ibu bapa dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah, terutama bidang kokurikulum, secara langsung akan membantu guru memfokus kepada tugas pengajaran dan pembelajaran.

“Sebagai contoh, ibu bapa diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur serta mengendalikan penganjuran Hari Sukan di sekolah yang membabitkan banyak kerja di luar bilik darjah dan memakan masa guru selama ini,” katanya kepada Berita Harian.

Akhbar baru-baru ini melaporkan sebanyak 40 cadangan mengatasi beban tugas guru dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan, termasuk mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah.

Abdul Rahman berkata, Kementerian Pelajaran juga harus mempergiat usaha mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan di sekolah sebagai tanggungjawab sosial.
Dalam konteks ini, katanya, sektor swasta mampu berperanan merapatkan jurang prestasi pencapaian serta infrastruktur antara sekolah di bandar dan pedalaman.

“Matlamat ini boleh dicapai melalui program seperti anak angkat oleh syarikat swasta, tidak kira yang besar mahu pun kecil. Ketika ini, program sedemikian masih kurang dan kebanyakannya hanya terhad kepada sekolah yang majikan syarikat itu adalah alumni.

“Satu lagi langkah berkesan ialah menggerakkan secara aktif sumbangan murid tua’ atau bekas pelajar di sesebuah sekolah untuk membantu guru menjayakan program penting seperti bimbingan kerjaya dan ceramah menghadapi peperiksaan utama,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya persatuan pesara guru diwujudkan bagi membolehkan golongan yang kaya dengan pengalaman itu menyalurkan idea untuk membantu Kementerian Pelajaran menangani pelbagai isu berkaitan, termasuk dalam usaha mempertingkat profesionalisme guru.

INFO: Empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru
  • Memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah
  • Mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan
  • Mempergiatkan sumbangan bekas pelajar
  • Mewujudkan persatuan pesara guru

sumber: berita harian

Opening Ceremony of Bulan Sains Matematik 6 April 2010


Objective of Programme:
  1. To let students having fun in learning science and mathematics.
  2. To apply skills and theory of science and mathematics in real life situations.
  3. To develop the interest of the students in learning science and mathematics.
             

Wednesday, May 05, 2010

Saturday, May 01, 2010

Semakan Kemasukan ke IPTA Lepasan SPM 2010/2011

Keputusan kemasukan IPTA diketahui hari ini



KUALA LUMPUR – Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengah hari ini. Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata, calon-calon yang mahu memeriksa status kemasukan itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.
Mereka juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://jpt.utm.my, dan http://jpt.uum.edu.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.
Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.
Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010.

Friday, April 30, 2010

Karnival Sukan PPI (Persatuan Pelajar Islam)


25 April 2010, Senadin - Persatuan Pelajar Islam (PPI) SMK Pujut telah menganjurkan satu Karnival Sukan PPI untuk semua pelajar Islam SMK Pujut. Antara acara yang dipertandingkan ialah Futsal, Dam, Catur, dan Congkak. Semua pemenang akan diumumkan pada Program Penghayatan Islam nanti. Terima kasih dan tahniah kepada pelajar dan guru-guru yang terlibat.

Komen Dan Cadangan

Komen dan cadangan anda tentang blog ini
Nama Penuh
Email Address:
Umur
Jantina Lelaki
Perempuan

form mail