Program Bersamamu SMK Pujut 2012.
Tarikh: 11 Ogos 2012 (Pindaan Baru)
Hari: Sabtu
Tempat: Sekitar Senadin, Tudan, Batu Satu Kuala Baram, Kg Muhibbah, Kg Sealine.
Objektif:
Bertujuan menghulurkan bantuan/sumbangan berupa pakaian, barang keperluan kepada keluarga pelajar-pelajar SMK Pujut yang kurang berkemampuan agar dapat mereka menyambut Aidilfitri ini dengan lebih bermakna.
Sasaran:
Pelajar-pelajar Islam SMK Pujut sekitar Senadin, Kg Sealine, Kg Muhibbah Kuala Baram, dan Tudan.
Dengan demikian, kami pihak pentadbiran SMK Pujut memohon sumbangan dalam bentuk wang tunai, barangan keperluan harian, pakaian terpakai dan apa-apa jua sebarang bentuk bantuan demi membantu mereka yang memerlukan.
Sumbangan boleh disalurkan melalui:
1. Pn Norhayati Bt Sameon (AJK Sumbangan) - sesi pagi
2. Pn. Nor Aishah bt Mohd Isa -sesi petang
Terima kasih atas sumbangan dan keperihatinan anda semua.