Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadan

Salam Ramadan kepada semua umat Islam. Semoga Ramadan ini memberi keberkatan kepada kita semua.

http://rahmadanil.files.wordpress.com/2007/09/selamat-menyambut-ramadhan.jpg

Wednesday, August 19, 2009

Ulang tahun pertama Blog SMK Pujut

Tanggal hari ini 19 August, genap setahun blog SMK Pujut di lancarkan. Terima kasih kepada semua warga SMK Pujut dan ex-SMKP yang memberi sokongan dan respons yang menggalakkan. Teruskan bersama-sama kami memajukan SMK Pujut yang tercinta.

http://2.bp.blogspot.com/_HhPcXcNnOuI/SmM84FKAXGI/AAAAAAAAEBA/P7FEUn4tCgg/s400/First_Anniversary.jpg

Tuesday, August 18, 2009

Latihan PTK secara Online 2

Satu lagi laman web yang sesuai untuk guru-guru yang mengambil PTK. Selamat Mencuba!!

Sunday, August 16, 2009

Latihan PTK secara Online

Kepada guru-guru yang bakal menduduki peperiksaan PTK, anda boleh mencuba latihan PTK secara online di laman web di bawah ini. Anda boleh mencuba beberapa model Soalan PTK yang disediakan yang hampir sama dengan peperiksaan sebenar. Selamat mencuba!!




Pelajar sekarang malas membaca

GEORGE TOWN - "Pelajar kini makin malas membaca, berfikir dan menilai."

Begitulah nada kecewa yang disuarakan penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2008, Prof. Dr. Muhammad Salleh yang menyifatkan ramai golongan pelajar masa kini sama ada di sekolah mahupun universiti kurang membaca dan ia berbeza berbanding generasi lampau.

Beliau yang juga Sasterawan Negara berkata, biarpun seronok menjadi seorang pendidik namun beliau kecewa apabila pelajar yang lahir daripada sistem pendidikan sekarang tidak lagi cintakan buku.

"Sebagai pendidik, kita membina watak manusia yang boleh berfikir, berhujah dan menilai sesuatu yang berlaku.

"Namun jika kurang membaca, bagaimana pelajar itu mahu berfikir serta memberi pendapat serta menyelesaikan setiap masalah yang timbul," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Ekspo Konvokesyen 2009 (Convex 09) Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.


sumber: Kosmo Online

Monday, August 10, 2009