Saturday, September 28, 2013

Good Luck for PMR


may you come out with flying colors...

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu :
  • Pengurusan Maklumat Sekolah
  • Pengurusan Kemudahan SekolahPengurusan Takwim
  • Pengurusan Pentadbir Sistem
  • Pengurusan Staf
  • Pengurusan Murid
  • Pengurusan Sistem Rumah
  • Pengurusan Jadual Waktu
  • Pengurusan Asrama
  • Pengurusan Kehadiran
  • Pengurusan Kedatangan Murid
  • Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengurusan Buku Teks
  • Pengurusan Disiplin
  • Pengurusan Kurikulum
  • Pengurusan Kandungan
  • Pengurusan Program Nilam
  • Pengurusan Peperiksaan
  • Pengurusan Kokurikulum
  • Pengurusan Laporan
  • Pengurusan Utiliti
  • Pengurusan e-Cuti
Namun buat masa ini, hanya 6 modul teras sahaja yang digunakan.
Untuk login , sila ke pautan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) 



Jamuan Hari Guru 2013

Jamuan Sambutan Hari Guru SMK Pujut dihadiri oleh ADUN Telang Usan, En. Dennis Ngau Jok.

 Keratan akhbar:

 
link:  Borneo Post

Jamuan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang PMR dan SPM

Jamuan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang PMR dan SPM
Tempat: Dynasty Hotel
Tarikh: 28 April 2013

Satu jamuan khas telah diadakan bagi meraikan kejayaan para pelajar SMK Pujut yang telah mengharumkan sekolah dengan mendapat keputusan semua A dalam semua matapelajaran bagi PMR dan SPM 2012. 

Jamuan ini juga meraikan ahli-ahli exco PIBG yang telah berkhidmat bagi penggal 2011-2013. Ini sebagai tanda penghargaan bagi pihak sekolah kepada semua exco PIBG sepanjang perkhidmatan mereka.