Showing posts with label Bersamamu. Show all posts
Showing posts with label Bersamamu. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Program Bersamamu 2011 SMK Pujut

Sabtu, Khamis 13 Ogos 2011 - Sekali lagi Program Bersamamu telah berjaya dilaksanakan pada tahun ni. Program ini yang dianjurkan setiap tahun dalam Bulan Ramadhan ini disertai oleh Guru-guru Islam SMK Pujut bersama-sama dengan Persatuan Pelajar Islam menghulurkan bantuan dan sumbangan berupa wang dan barang-barang keperluan untuk diagihkan kepada 10 keluarga pelajar yang kurang berkemampuan bagi membantu meringankan bebanan mereka menjelang Adilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Disamping itu, program ini dapat mendekatkan lagi para guru dengan kehidupan pelajar-pelajar SMK Pujut dan menyelami sendiri suasana kehidupan pelajar itu sendiri. Berikut adalah nama-nama pelajar yang terpilih dalam Program Bersamamu ini. InsyaAllah tahun-tahun akan datang, program ini akan memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar yang lain pula. Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh bermakna. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.. 

Bil
NAMA
KELAS
ALAMAT
1
MOHD SHAHRUL B MUHD SAUFI
2A
LOT 509, TUDAN FASA VI, DESARAS LUTONG
2
ROZIANA BINTI MOSTAFHA
1G
LOT 960, LORONG SEJAHTERA 2A, TUDAN
3
MOHAMAD RAHMAT BIN MOHAMAD SELLAH
1H
LOT 1319, LORONG MULIA 2A, TUDAN
4
MUHAMMAD ALWIE ABDULLAH ROSIAH
1C
LS/20C/03 KAMPUNG SEALINE

5
NUR SRI WANGI BT ABU OMAR
1W
LOT 4203, KPG SENADIN, LRG 1

6
AFFIQ IZUANIE B MOHD NOH
2L
LOT 167, KPG MUHIBBAH, KUALA BARAM
7
RADI SHAH BIN KADAR SHAH
1B
NO 60, KAMPUNG MUHIBBAH , KUALA BARAM
8
MUHAMAD HAIZAM BIN MORSIDI
4F
LOT 209 KG MUHIBBAH KUALA BARAM, PUJUT, SENADIN, MIRI
9
MOHD RAFIEE B ABDULLAH
2F
KPG BATU SATU, JLN KUALA BARAM
10
SUKURAN B JUAMADAM
2K
NO 621-A, BATU SATU, JLN KUALA BARAM








 

 

 

 


 

 

 Foto-foto sepanjang program berlangsung:

Monday, August 23, 2010

Program Bersamamu SMK Pujut 2010


21 Ogos 2010, Senadin - Syukur Alhamdulillah, program Bersamamu pada tahun ini telah berjalan dengan lancar walaupun tahun ini lebih mencabar dari tahun-tahun sebelumnya. Sebanyak 11 buah rumah pelajar Islam SMK Pujut yang kurang berkemampuan telah kami kunjungi di sekitar Kampung Tudan, Kuala Baram, Batu 1 dan Senadin untuk diberi sumbangan sebagai persiapan Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. 
Pada tahun ini, sumbangan dari pihak luar dan warga SMK Pujut amat memberangsangkan dari tahun-tahun sebelumnya. Program pada tahun ini telah disertai oleh sukarelawan dari  Yayasan Amal Sarawak, ibubapa, guru-guru dan ahli Persatuan Pelajar Islam SMK Pujut.
Terima kasih kepada mereka yang menghulurkan sumbangan ini. Diharap dengan sumbangan ini akan dapat membantu meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri nanti.

Komen Dan Cadangan

Komen dan cadangan anda tentang blog ini
Nama Penuh
Email Address:
Umur
Jantina Lelaki
Perempuan

form mail