Thursday, September 04, 2008

Pusat Akses Sekolah








Guru Penyelaras:

2007 - Pn Rozanna Farah

2008 - En. Sharol Nizam

Pengenalan

1. Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala ‘Cyber Cafe’ tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara kendiri mengikut kaedah sendiri, terarah kendiri dan akses sendiri.

2. Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui teknologi maklumat.

3. Proses pembelajaran Pusat Akses boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudahcara dengan pemantauan dari masa ke semasa.

Matlamat:

1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah.

2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid.

3. Meningkatkan masa penggunaan komputer oleh murid.

Objektif

1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.

2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.

3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT untuk pembelajaran.

No comments:

Komen Dan Cadangan

Komen dan cadangan anda tentang blog ini
Nama Penuh
Email Address:
Umur
Jantina Lelaki
Perempuan

form mail