| Pegelola | : | SMK RIAM |
| Tarikh pertandingan | : | 7 - 8 April 2009 |
| Tempat pertandingan | : | Kumpulan A & B ( Padang SMK Riam ) |
| Kumpulan C & D ( Stadium Miri ) | ||
| Jumlah Pasukan bertanding | : | 20 pasukan |
| Keputusan pertandingan | : | SMK Pujut VS SMK Suai ( Kalah 0-3) |
| SMK Pujut VS SMK Long Lama ( Kalah 0-1) | ||
| SMK Pujut VS SMK Bakong ( Seri 0-0) | ||
| SMK Pujut VS SMK Bekenu ( Menang 3-0) | ||
| Pencapaian | : | Peringkat Kumpulan |
Wednesday, April 08, 2009
Kejohanan Bola Sepak 15TKB MSSM 2009
Tuesday, April 07, 2009
Prosedur khusus merotan pelajar
KEMENTERIAN Pelajaran akan mengeluarkan prosedur khusus untuk pelaksanaan hukuman rotan sekolah, termasuk memaklumkan kepada ibu bapa tarikh hukuman, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian Pelajaran pada 17 Mac lalu bagi membendung masalah disiplin pelajar.
"Kementerian akan kembali menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959 khususnya hukuman rotan termasuk siapa yang boleh diberi kuasa merotan.
Beliau menjawab soalan Senator Fatimah Hamat mengenai hukuman pelajar yang melanggar disiplin berikutan peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
Wee berkata, ketika ini warden asrama dilantik di kalangan guru dan mereka diberi elaun khas RM250 sebulan.
"Warden tetap itu dilantik di kalangan kakitangan kementerian yang menerima bimbingan kaunseling serta memiliki kemahiran psikologi dan mereka bertugas 24 jam di asrama," katanya.
sumber: Berita Harian
Monday, April 06, 2009
Hukuman rotan di sekolah dikuatkuasakan kembali
KUALA LUMPUR: Hukuman rotan di sekolah akan dikuatkuasakan kembali bagi membendung masalah disiplin pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Beliau memberitahu Dewan Negara di sini, hari ini, bahawa perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian Pelajaran pada 17 Mac lalu.
"Kementerian akan kembali menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959 khususnya hukuman rotan, dan kali ini kami akan keluarkan prosedur khusus untuk pelaksanaan hukuman itu," katanya ketika menjawab satu soalan Senator Fatimah Hamat.
"Ia termasuk (soal mengenai) siapa yang boleh diberikan kuasa merotan di samping ibu bapa akan dimaklumkan terlebih dulu, bila hukuman akan dijalankan," tambahnya.
Katanya, mesyuarat itu turut memutuskan untuk melantik warden tetap di asrama dimana tugas utama mereka ialah menjaga disiplin pelajar.
Wee berkata, pada ketika ini, warden asrama dilantik di kalangan guru sekolah dengan pemberian elaun khas RM250 sebulan untuk melaksanakan tugas itu.
Bagaimanapun, menurutnya, dengan kewujudan jawatan warden tetap, warden asrama itu akan bertanggungjawab sepenuhnya memantau serta mengawal disiplin pelajar terutama di asrama.
"Warden tetap itu akan dilantik di kalangan kakitangan kementerian yang menerima latihan khas bimbingan kaunseling serta memiliki kemahiran psikologi, dan mereka bertugas 24 jam di asrama sekolah.
"Kementerian berharap tindakan yang akan dilaksanakan ini akan dapat mengurangkan kes disiplin pelajar dan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang peri laku anak mereka di sekolah," katanya. - Bernama
Sumber: Berita Harian