Sunday, September 15, 2013

Jamuan Hari Guru 2013

Jamuan Sambutan Hari Guru SMK Pujut dihadiri oleh ADUN Telang Usan, En. Dennis Ngau Jok.

 Keratan akhbar:

 
link:  Borneo Post

Jamuan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang PMR dan SPM

Jamuan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang PMR dan SPM
Tempat: Dynasty Hotel
Tarikh: 28 April 2013

Satu jamuan khas telah diadakan bagi meraikan kejayaan para pelajar SMK Pujut yang telah mengharumkan sekolah dengan mendapat keputusan semua A dalam semua matapelajaran bagi PMR dan SPM 2012. 

Jamuan ini juga meraikan ahli-ahli exco PIBG yang telah berkhidmat bagi penggal 2011-2013. Ini sebagai tanda penghargaan bagi pihak sekolah kepada semua exco PIBG sepanjang perkhidmatan mereka.




Wednesday, June 27, 2012

PROGRAM BERSAMAMU SMK PUJUT 2012



Program Bersamamu SMK Pujut 2012. 

Tarikh: 11 Ogos 2012 (Pindaan Baru)
Hari: Sabtu 
Tempat: Sekitar Senadin, Tudan, Batu Satu Kuala Baram, Kg Muhibbah, Kg Sealine. 

Objektif: 
Bertujuan menghulurkan bantuan/sumbangan berupa pakaian, barang keperluan kepada keluarga pelajar-pelajar SMK Pujut yang kurang berkemampuan agar dapat mereka menyambut Aidilfitri ini dengan lebih bermakna. 

Sasaran: 
Pelajar-pelajar Islam SMK Pujut sekitar Senadin, Kg Sealine, Kg Muhibbah Kuala Baram, dan Tudan. Dengan demikian, kami pihak pentadbiran SMK Pujut memohon sumbangan dalam bentuk wang tunai, barangan keperluan harian, pakaian terpakai dan apa-apa jua sebarang bentuk bantuan demi membantu mereka yang memerlukan. 

Sumbangan boleh disalurkan melalui:
1. Pn Norhayati Bt Sameon (AJK Sumbangan) - sesi pagi 
2. Pn. Nor Aishah bt Mohd Isa -sesi petang 

Terima kasih atas sumbangan dan keperihatinan anda semua.

Tuesday, June 12, 2012

KaRniVaL GeGaRiA SeNi SMK Pujut 2012

Jom datang beramai-ramai ke Karnival Gegaria Seni SMK Pujut yang akan berlangsung pada 


Hari: Sabtu
Tarikh: 16 Jun 2012
Masa: 7.00 pagi - 12.30

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan dan anda semua dijemput untuk memeriahkan lagi karnival ini.





Komen Dan Cadangan

Komen dan cadangan anda tentang blog ini
Nama Penuh
Email Address:
Umur
Jantina Lelaki
Perempuan

form mail