Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Kemerdekaan ke-53

http://i623.photobucket.com/albums/tt317/azharizanal/merdeka.gif

Selamat Menyambut hari Kemerdekaan yang Ke- 53
1 Malaysia
Menjana Transformasi

Monday, August 23, 2010

Program Bersamamu SMK Pujut 2010


21 Ogos 2010, Senadin - Syukur Alhamdulillah, program Bersamamu pada tahun ini telah berjalan dengan lancar walaupun tahun ini lebih mencabar dari tahun-tahun sebelumnya. Sebanyak 11 buah rumah pelajar Islam SMK Pujut yang kurang berkemampuan telah kami kunjungi di sekitar Kampung Tudan, Kuala Baram, Batu 1 dan Senadin untuk diberi sumbangan sebagai persiapan Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. 
Pada tahun ini, sumbangan dari pihak luar dan warga SMK Pujut amat memberangsangkan dari tahun-tahun sebelumnya. Program pada tahun ini telah disertai oleh sukarelawan dari  Yayasan Amal Sarawak, ibubapa, guru-guru dan ahli Persatuan Pelajar Islam SMK Pujut.
Terima kasih kepada mereka yang menghulurkan sumbangan ini. Diharap dengan sumbangan ini akan dapat membantu meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri nanti.

Tuesday, August 17, 2010

Perasmian Bulan Kemerdekaan dan Kemanusiaan


                                                                                    seterusnya

Selasa 17/8/10 - Sambutan Bulan Kemerdekaan telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Pujut, Pn Sumarni binti Said pada waktu perhimpunan pagi tadi dan sepanjang bulan kemerdekaan, banyak aktiviti telah diatur dan kebanyakan aktiviti berkonsepkan pertandingan. Para pelajar digalakkan mengambil bahagian dan menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan di samping memupuk semangat kemerdekaan dalam diri masing-masing. 

Berikut merupakan jadual aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan:




Senarai AJK:

Komen Dan Cadangan

Komen dan cadangan anda tentang blog ini
Nama Penuh
Email Address:
Umur
Jantina Lelaki
Perempuan

form mail