Monday, January 26, 2009

Kehebatan Super Mokh

Kekalahan Malaysia 0 - 5 kepada UAE mengingatkan kembali kegemilangan bolasepak Malaysia di zaman Allahyarham Mokhtar Dahari. Alangkah jauh bezanya mutu dan corak permainan pemain dahulu dengan sekarang.

Allahyarham Mokhtar Dahari merupakan seorang pemain bolasepak yang digeruni bukan sahaja di Asia Tenggara, malah di rantau Asia sendiri sehingga beliau digelar
Super Mokh.

Beliau pernah menjaringkan 1 gol cantik dari tengah padang semasa Malaysia seri 1-1 dengan pasukan England dan pernah menjaringkan dua gol ketika perlawanan persahabatan dengan Arsenal di mana Arsenal kalah dengan jaringan 2-0.


Kepada pelajar-pelajar berbakat yang ingin menceburkan diri di dalam bolasepak, contohilah jaguh bolasepak kebanggaan kita ini.

1 comment:

Anonymous said...

Teringat zaman dulu-dulu ayah dukung tengok Malaysia lawan Singapore. esok satu Malaysia dapat cuti :) Menang!

Sekarang... hmm

Komen Dan Cadangan

Komen dan cadangan anda tentang blog ini
Nama Penuh
Email Address:
Umur
Jantina Lelaki
Perempuan

form mail