Thursday, March 26, 2009

SMK Pujut 1-2 SMK Lutong

Perlawanan pertama SMK Pujut menentang SMK Lutong. Permainan cantik dan tersusun telah dihidangkan oleh pemain kita dan berjaya mendahului 1-0 pada separuh masa pertama. Jaringan telah dihasilkan oleh Joellyvine Jostine hasil bola muntah dari tangkapan penjaga gol yang menampan percubaan awal oleh Raymond.

Segalanya berjalan lancar sehinggalah 1o minit terakhir separuh masa kedua apabila gawang kita dibocori hasil salah faham antara pemain pertahanan dan penjaga gol. Penyerang lawan mudah melambungkan bola melepasi penjaga gol. Gol tersebut telah menyentap semangat pasukan dan hasilnya gawang kita dibocori sekali lagi dua minit sebelum wisel apabila SMK Lutong mendapat sepakan penalti setelah bola terkena tangan Beardsley di dalam petak penalti. Ia berpunca dari serangan balas SMKL yang memerangkap benteng pertahanan dan pemain2 kita yang keletihan.

Harapan untuk memenangi game pertama musnah walaupun kita menguasai permainan dan mempamerkan permainan menarik. Kita kalah kerana penyerang tidak memanfaatkan peluang yang ada dan sedikit kesilapan pertahanan yang meragut kemenangan dari genggaman.

Game kedua berikutnya adalah penentu hidup mati pasukan dan kita perlu memenangi perlawanan dengan SMK Lopeng Tengah dengan beza jaringan sebanyak dua gol untuk menjuarai kumpulan F dan layak ke peringkat suku akhir. Ini kerana peluang masih terbuka selepas pasukan SMK Lopeng Tengah berjaya mengalahkan SMKL dengan jaringan 1-0. Adakah pasukan kita berjaya ke peringkat seterusnya? Nantikan sambungannya..

No comments:

Komen Dan Cadangan

Komen dan cadangan anda tentang blog ini
Nama Penuh
Email Address:
Umur
Jantina Lelaki
Perempuan

form mail