Thursday, September 17, 2009

PERTANDINGAN BOLA SEPAK PESTA BOLA MERDEKA 2009







PERTANDINGAN BOLA SEPAK PESTA BOLA MERDEKA 2009

(9 SEBELAH)

(ANJURAN KELAB BOLA SEPAK SESI PETANG)


Kelab Bola Sepak sesi petang telah berjaya menganjurkan pertandingan bola sepak bersempena Hari Kemerdekaan bermula pada 5 September 2009. Pertandingan tersebut mengambil masa selama 2 hari iaitu 5 september dan 12 september 2009. Semua pertandingan diadakan di padang bola sepak SMK Pujut. Pertandingan kali ini melibatkan 11 pasukan melibatkan seramai 121 orang pelajar tingkatan peralihan, satu dan dua sesi petang dan sesi pagi.

Sistem pertandingan yang digunakan ialah sistem “Double Knock Out”. Pada tahun ini Pesta Bola Merdeka telah dimenangi oleh pasukan HIGHCLASS dengan mengalahkan pasukan ROJAK FC melalui sepakan penalti.

Pertandingan ini sesungguhnya telah mencapai objektifnya dengan menarik minat murid-murid dalam bidang sukan disamping mengeratkan hubungan antara sesama pelajar serta guru penasihat. Beberapa orang bakat baru telah dapat dikenalpasti untuk diserap dalam pasukan bola sepak sekolah untuk kategori 14 tahun dan 15 tahun untuk tahun hadapan.



Jadual Perlawanan


No comments:

Komen Dan Cadangan

Komen dan cadangan anda tentang blog ini
Nama Penuh
Email Address:
Umur
Jantina Lelaki
Perempuan

form mail