Tuesday, April 07, 2009

Prosedur khusus merotan pelajar

KEMENTERIAN Pelajaran akan mengeluarkan prosedur khusus untuk pelaksanaan hukuman rotan sekolah, termasuk memaklumkan kepada ibu bapa tarikh hukuman, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian Pelajaran pada 17 Mac lalu bagi membendung masalah disiplin pelajar.

"Kementerian akan kembali menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959 khususnya hukuman rotan termasuk siapa yang boleh diberi kuasa merotan.


"Mesyuarat turut memutuskan untuk melantik warden tetap di asrama berdasarkan kriteria tertentu dan menjaga disiplin pelajar dijadikan tugas utama mereka," katanya di Dewan Negara, semalam.


Beliau menjawab soalan Senator Fatimah Hamat mengenai hukuman pelajar yang melanggar disiplin berikutan peningkatan kes sejak kebelakangan ini.

Wee berkata, ketika ini warden asrama dilantik di kalangan guru dan mereka diberi elaun khas RM250 sebulan.

"Warden tetap itu dilantik di kalangan kakitangan kementerian yang menerima bimbingan kaunseling serta memiliki kemahiran psikologi dan mereka bertugas 24 jam di asrama," katanya.

sumber: Berita Harian

No comments:

Komen Dan Cadangan

Komen dan cadangan anda tentang blog ini
Nama Penuh
Email Address:
Umur
Jantina Lelaki
Perempuan

form mail