Wednesday, May 13, 2009

AKTIVITI BERSEPADU BADAN UNIT BERUNIFORM 2009

Program ini dianjurkan oleh Badan Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah SMK Pujut dibawah kelolaan Kem Tentera Miri pada 9 Mei 2009.Seramai 94 orang pelajar yang mewakili Badan unit beruniform masing-masing terdiri dari Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, Bulan Sabit Merah, Pandu Puteri, Puteri Islam dan Pengakap telah menyertai program ini. Seramai 25 orang guru pengiring turut serta dalam menlicinkan lagi perjalanan program. Antara objektif program ini diadakan ialah seperti berikut :


1.Memperolehi semangat kerjasama dan setia kawan di kalangan ahli persatuan Beruniform

2.Memperolehi pengetahuan tentang teknik dan kaedah perlaksanaan aktiviti.

3.Mengeratkan hubungan silatulrahim di kalangan peserta.

4.Mewujudkan nilai kepimpinan secara spotan, terpilih atau dipilih.

5.Menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan aktiviti luar.


Antara aktiviti- aktiviti yang dijalankan ialah ceramah kerjaya tentera darat, tempur tanpa senjata, pandu arah, larian berhalangan dan pameran senjata. Diharapkan aktiviti ini dapat memberi pendedahan serta menambahkan pengetahuan pelajar dalam membentuk insan yang mempunyai jati diri serta displin yang tinggi bagi menyahut cabaran mendatang.






Inilah barisan kita...... yang ikhlas berjuang.....


Ustaz target mana tu? Israel ka?


ha... cam ni baru boleh sampai smk pujut...


macam ni cara nak pegangnya... kuat sikit bahu kamu..


TARGET READY.... FIRE!!!!!!


Encik.. saya bawa 'benda' ni balik rumah bole tak?


musuh di hadapan!! eh... alamak lupa bawak senapang daaaa...


satu, dua, tiga.. sampai ke tidak aku ni.....


amboi amboi amboi... panas ye kak?


tak sedar lak aku dah tenggelam rupanya kaki aku...
nasib baik abang sasa di sebelah ku...



tekan je cam ni... terus dapat koordinat anda.. hehehe


jaga2 Reagen....


ini peta miri.. target kita adalah smk pujut...


heyah! heyeah! bila nak berenti daaa....

lagi gambar di sini


KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG TERLIBAT, ANDA BOLEH MEMINTA GAMBAR ANDA DARIPADA CIKGU LATIP. SILA BAWA PENDRIVE SENDIRI.
BANYAK LAGI GAMBAR-GAMBAR MENARIK YANG TIDAK DAPAT DIPOSKAN DI SINI ATAS SEBAB KAPASITI BLOG YANG TERHAD.

2 comments:

cikgu_khaironida said...

tengok gambar2 kat kem miri macam seronok sangat :D tak tau kenapa.. tahniah KRS ;) dan unit beruniform lain..

Anonymous said...

Banyak lagi gambar2 menarik yang tak di pos di sini. kalau boleh memang nak letak semua. semua gambar marvellous.. ada 500 lebih gambar sebenarnya..

Komen Dan Cadangan

Komen dan cadangan anda tentang blog ini
Nama Penuh
Email Address:
Umur
Jantina Lelaki
Perempuan

form mail