Friday, May 01, 2009

Boleh semak tawaran IPTA

KUALA LUMPUR: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf yang menanti kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) boleh membuat semakan mulai hari ini pada jam 12 tengah hari.


Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), surat tawaran kemasukan ke menara gading boleh dicetak sendiri calon, tetapi surat tawaran rasmi akan dihantar pihak IPTA mulai 4 Mei.

Mulai sesi akademik 2009/2010, semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini yang boleh dibuat melalui laman web IPTA.

Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA bagi program Pengajian Lepasan SPM/setaraf adalah pada 28 Jun dan pendaftaran untuk Program Asasi akan dimaklumkan IPTA melalui surat tawaran.

Dalam pada itu, mulai sesi baru ini, KPT melaksanakan dasar tawaran terbuka menjadikan calon cemerlang SPM 2008 akan menerima lebih daripada satu tawaran.Calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan diumumkan dan rayuan perlu dibuat sebelum 15 Mei ini.


Bagaimanapun, keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2009 dan sekiranya calon tidak menerima sebarang tawaran sehingga 31 Julai, rayuan dianggap gagal.

Untuk sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi talian nombor 03-88835858/88835848 atau boleh juga layari laman web upu.mohe.gov.my, www.jpt.utm.my atau ipt.uum.edu.my.

Calon juga boleh menghantar SMS dengan menaip UPU RESULT jarak dan hantar ke 15888.


Sumber: Harian Metro

No comments:

Komen Dan Cadangan

Komen dan cadangan anda tentang blog ini
Nama Penuh
Email Address:
Umur
Jantina Lelaki
Perempuan

form mail